Pages

Tuesday 31 January 2012

Gadjet HTML

Bab ni aku nak ceta sikit cara² nak tambah gadjet (alar menda² kecik kat tepi blog tu) ataupun widget ..

kalau buat blog nie mmg dia dah sediakan siap² apa gadjet yang korang minat (cam bela ikan dan archive blog)

nie kita nak try ilmu baru, iaitu guna widget HTML.. korang search jer kat internet cari gadget yang berkenan, pastu dia bagi adress HTML..

persoalannya: apa langkah seterusnya nak dibuat berdasarkan HTML yang korang dah dapat??

korang g pada menu: Design- Add Gadget - Pilih menda nie


pastu paste link tu kat bawah dan bubuh lar nama apa pun..


itular asal usul gadget Cuaca dan Jam kat blog aku nie

dari semalam aku dah cuba buat tapi tak berjaya, nasib pagi nie tok guru diberi hidayah supaya share ilmu nie..

Share Document

Entry nie aku nak buat pasal share document plak..

tok guru kata baik guna docs.google.com

jom kita cuba upload nota Kursus buat BLOG di sini

Upload Video

Orait, ilmu terkini nak cuba upload video pulak.. ambil terus dari YouTube (sebab tok guru kata guna cara nie cepat dan tidak memberatkan blog kita berbanding upload terus dari PC)

satu lagi nak try set masa upload terus, orait kita try set dia post pukul 9 a.m..

video apa ek yang sesuai.... pepagi gini rasanya baik kita baca doa dhuha kan, so kita cuba try cari video tu..


ok, seterusnya set masa pukul 9a.m (lar nie masa blogging baru pukul 8:45a.m)..

tunggguuuuu........

Monday 30 January 2012

Post dari emel

orait kita test ilmu/skill baru..

blogging dari emel... try guna emel yahoo dulu..

test, jadi tak...

bubuh gambar

orait kita test post kedua ttg bubuh gambar dalam blog..

memula cari dulu gambar yang berkenan, takpun cilok jer sample picture kat my document.

ekjust sikit jangan besor sangat... janji sedap mata memandang..

tadaa, test post.

Blog??

30.01.2012 - hari nie test buat blog. memula daftar dulu akaun G mail...  pastu kena mikir pulak nak post tajuk menda.. pagi nie blur lagi, jadi kita bubuh apa² jerlah ek.

tengok sikit berita hari nie.. 

CUEPACS tetap enggan sertai panel semak SBPA

 KUALA LUMPUR: CUEPACS tetap dengan pendiriannya tidak menyertai pasukan petugas khas semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sekiranya tiga lagi pemimpin kanannya tidak dibenarkan untuk menganggotai pasukan itu.

(sumber: bharian.com.my)

hmm, silap² sampai ujung tahun tak merasa lar gaji SBPA nie.