Pages

Wednesday, 15 February 2012

Kisah Pembuat Jam

Pagi tadi aku dengo satu kisah yang agak menarik kat radio (masa on da way nak g keja), slot motivasi pagi di ikim.fm..

Ceta dia berkisar tentang dialog antara Pembuat Jam dan Jam yang dibuat, lebih kurang ceta dia gini...

"Al-kisah tersebutlah kisah (mesti ke guna ayat gini nak mula ceta) seorang Pembuat Jam berdialog dengan Jam yang baru disiapkan beliau"

Pembuat Jam:     Wahai Jam, sudikah kau berdetak dan berdetik selama 31,536,000 (31 juta tuu) dalam setahun?

Jam:                 (Berfikir sejenak: “Uii banyak tuu nak kena berdetak dan berdetik lebih dari 31 juta kali dalam setahun”)
Banyak tu tuan... mana lar saya larat nak berdetak dan berdetik sebanyak tuu, tak sanggup saya tuan...

Pembuat Jam:     Baiklah jam, jika begitu sanggup kah kau berdetak dan berdetik selama 2,678,400 dalam sebulan?

Jam:                 Hah, banyak tuu. Lebih dari 2 juta sekali dalam sebulan. Tak sanggup saya tuan, dahlar badan saya nie kecik ajer tuan cipta.. Manalar nak larat berdetak dan berdetik sebanyak tu.

Pembuat Jam:     Baiklah jam, jika begitu boleh tak engkau berdetak dan berdetik selama 604,800 kali dalam seminggu?

Jam:                 Tuan, bukannya saya tak mau tapi cubalah tuan lihat jarum saya yang kecil dan halus yang tuan ciptakan.. tak mungkin ianya dapat bertahan untuk berdetak dan berdetik sebanyak itu.. Tak sangguplar saya tuan..

Pembuat Jam:     (Dengan penuh kesabaran menghadapi karenah si jam)
Baiklah jam, jika begitu boleh tak engkau berdetak dan berdetik selama sekali sahaja bagi setiap saat?

Jam:                 (Mendengarkan tawaran untuk berdetak sekali sahaja bagi setiap saat, si jam terus bersetuju)
Ok tuan, kalau yang ini saya boleh. Setuju sangat kalau yang ini, sekali ajer saya kena berdetak untuk setiap saat.

Maka setelah mencapai persetujuan itu, jam tersebut pun mula berkhidmat untuk berdetak bagi setiap saat. Tanpa disedari masa terus berlalu,
melangkaui seminggu (604,800 kali),
melangkaui sebulan (2, 678,400 kali),
melangkaui setahun (31,536,000 kali),
dan jam  itu terus tekun  melaksanakan tugasnya untuk berdetak dan berdetik sekali bagi setiap saat..”

Dah dengo ceta mestilar kena ada moral of the story, lebih kurang gini:
Kadangkala dalam kehidupan ini kita akan berhadapan dengan suatu kerja/ masalah yang kita rasa besor sangat dan tak mampu nak selesaikan.

Puncanya sebab kita tak yakin dengan kemampuan diri (lack of self confident), tapi akhirnya kita berjaya juga buat/selesaikan kerja/masalah tu.

Hadapilah sesuatu tu dengan sabar dan cuba selesaikan sedikit demi sedikit. Bak kata penceramah kat radio tu Do our best, let’s GOD Allah handle the rest (berusahlah sehabis jaya dan bertawakal pada Allah).

Tuesday, 31 January 2012

Gadjet HTML

Bab ni aku nak ceta sikit cara² nak tambah gadjet (alar menda² kecik kat tepi blog tu) ataupun widget ..

kalau buat blog nie mmg dia dah sediakan siap² apa gadjet yang korang minat (cam bela ikan dan archive blog)

nie kita nak try ilmu baru, iaitu guna widget HTML.. korang search jer kat internet cari gadget yang berkenan, pastu dia bagi adress HTML..

persoalannya: apa langkah seterusnya nak dibuat berdasarkan HTML yang korang dah dapat??

korang g pada menu: Design- Add Gadget - Pilih menda nie


pastu paste link tu kat bawah dan bubuh lar nama apa pun..


itular asal usul gadget Cuaca dan Jam kat blog aku nie

dari semalam aku dah cuba buat tapi tak berjaya, nasib pagi nie tok guru diberi hidayah supaya share ilmu nie..

Share Document

Entry nie aku nak buat pasal share document plak..

tok guru kata baik guna docs.google.com

jom kita cuba upload nota Kursus buat BLOG di sini

Upload Video

Orait, ilmu terkini nak cuba upload video pulak.. ambil terus dari YouTube (sebab tok guru kata guna cara nie cepat dan tidak memberatkan blog kita berbanding upload terus dari PC)

satu lagi nak try set masa upload terus, orait kita try set dia post pukul 9 a.m..

video apa ek yang sesuai.... pepagi gini rasanya baik kita baca doa dhuha kan, so kita cuba try cari video tu..


ok, seterusnya set masa pukul 9a.m (lar nie masa blogging baru pukul 8:45a.m)..

tunggguuuuu........

Monday, 30 January 2012

Post dari emel

orait kita test ilmu/skill baru..

blogging dari emel... try guna emel yahoo dulu..

test, jadi tak...

bubuh gambar

orait kita test post kedua ttg bubuh gambar dalam blog..

memula cari dulu gambar yang berkenan, takpun cilok jer sample picture kat my document.

ekjust sikit jangan besor sangat... janji sedap mata memandang..

tadaa, test post.

Blog??

30.01.2012 - hari nie test buat blog. memula daftar dulu akaun G mail...  pastu kena mikir pulak nak post tajuk menda.. pagi nie blur lagi, jadi kita bubuh apa² jerlah ek.

tengok sikit berita hari nie.. 

CUEPACS tetap enggan sertai panel semak SBPA

 KUALA LUMPUR: CUEPACS tetap dengan pendiriannya tidak menyertai pasukan petugas khas semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sekiranya tiga lagi pemimpin kanannya tidak dibenarkan untuk menganggotai pasukan itu.

(sumber: bharian.com.my)

hmm, silap² sampai ujung tahun tak merasa lar gaji SBPA nie.