Pagi tadi aku dengo satu kisah yang agak menarik kat radio (masa on da way nak g keja), slot motivasi pagi di ikim.fm..
Ceta dia berkisar tentang dialog antara Pembuat Jam dan Jam yang dibuat, lebih kurang ceta dia gini...
"Al-kisah tersebutlah kisah (mesti ke guna ayat gini nak mula ceta) seorang Pembuat Jam berdialog dengan Jam yang baru disiapkan beliau"
Pembuat Jam: Wahai Jam, sudikah kau berdetak dan berdetik selama 31,536,000 (31 juta tuu) dalam setahun?
Jam: (Berfikir sejenak: “Uii banyak tuu nak kena berdetak dan berdetik lebih dari 31 juta kali dalam setahun”)
Banyak tu tuan... mana lar saya larat nak berdetak dan berdetik sebanyak tuu, tak sanggup saya tuan...
Pembuat Jam: Baiklah jam, jika begitu sanggup kah kau berdetak dan berdetik selama 2,678,400 dalam sebulan?
Jam: Hah, banyak tuu. Lebih dari 2 juta sekali dalam sebulan. Tak sanggup saya tuan, dahlar badan saya nie kecik ajer tuan cipta.. Manalar nak larat berdetak dan berdetik sebanyak tu.
Pembuat Jam: Baiklah jam, jika begitu boleh tak engkau berdetak dan berdetik selama 604,800 kali dalam seminggu?
Jam: Tuan, bukannya saya tak mau tapi cubalah tuan lihat jarum saya yang kecil dan halus yang tuan ciptakan.. tak mungkin ianya dapat bertahan untuk berdetak dan berdetik sebanyak itu.. Tak sangguplar saya tuan..
Pembuat Jam: (Dengan penuh kesabaran menghadapi karenah si jam)
Baiklah jam, jika begitu boleh tak engkau berdetak dan berdetik selama sekali sahaja bagi setiap saat?
Jam: (Mendengarkan tawaran untuk berdetak sekali sahaja bagi setiap saat, si jam terus bersetuju)
Ok tuan, kalau yang ini saya boleh. Setuju sangat kalau yang ini, sekali ajer saya kena berdetak untuk setiap saat.
Maka setelah mencapai persetujuan itu, jam tersebut pun mula berkhidmat untuk berdetak bagi setiap saat. Tanpa disedari masa terus berlalu,
melangkaui seminggu (604,800 kali),
melangkaui sebulan (2, 678,400 kali),
melangkaui setahun (31,536,000 kali),
dan jam itu terus tekun melaksanakan tugasnya untuk berdetak dan berdetik sekali bagi setiap saat..”
Dah dengo ceta mestilar kena ada moral of the story, lebih kurang gini:
Kadangkala dalam kehidupan ini kita akan berhadapan dengan suatu kerja/ masalah yang kita rasa besor sangat dan tak mampu nak selesaikan.
Puncanya sebab kita tak yakin dengan kemampuan diri (lack of self confident), tapi akhirnya kita berjaya juga buat/selesaikan kerja/masalah tu.
Hadapilah sesuatu tu dengan sabar dan cuba selesaikan sedikit demi sedikit. Bak kata penceramah kat radio tu Do our best, let’s GOD Allah handle the rest (berusahlah sehabis jaya dan bertawakal pada Allah).
0 comments:
Post a Comment